Wednesday, December 26, 2012

Iran diserang virus Stuxnet


TEHERAN - Sebuah loji kuasa dan tapak industri di selatan Iran diserang virus komputer yang dikenali sebagai Stuxnet.

Bagaimanapun laporan media menyebut serangan siber itu berjaya dikawal daripada terus merebak.

Serangan siber Stuxnet dipercayai menjadi virus pertama yang khusus disasarkan untuk melumpuh infrastruktur stesen-stesen jana kuasa.

Pembangunan nuklear Iran mula terjejas teruk sejak 2010 susulan serangan Stuxnet, yang turut didakwa menjejaskan kawasan industri dan kilang.

Ketua Pertahanan Awam Wilayah, Ali Akhbar Akhavan berkata, sektor perindustrian Iran sejak dahulu lagi telah menjadi sasaran "serangan siber mush", khususnya di wilayah Hormozgan.

“Di bandar Abbas, serangan siber turut melibatkan syarikat yang memberi  bekalan elektrik  tetapi kami mampu mencegahnya daripada terus mengganas dengan mendapatkan kerjasama penggodam yang mahir,” katanya.

April lalu, serangan 'malware' di kementerian minyak Iran dan syarikat minyak memaksa kerajaan untuk menarik semula kemudahan minyak utama yang mengendalikan kebanyakan eksport ke Teheran.

Akhir tahun lalu, Iran berkata beberapa sistem komputer yang dijangkiti virus Dugu dipercayai direka bagi mencuri data bagi membantu serangan siber.

No comments:

Post a Comment