Tindakan Kanada dianggap jalan berbahaya kepada negara Barat dan Timur Tengah.
TEHERAN - Tindakan Kanada mengeluarkan beberapa organisasi keganasan, termasuk Mujahidin Rakyat Iran (MEK) dari senarai hitamnya, dikritik Iran.
Kritikan dikeluarkan sejurus Menteri Keselamatan Awam Kanada, Vic Toews membuat pengumuman seperti yang dilaksanakan oleh Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.
Toews turut mengumumkan, unit Kawalan Revolusi Iran yang dipanggil Pasukan Keselamatan Quds, dimasukkan ke dalam senarai hitam mereka.
Sementara itu, Kementerian Hal Ehwal Iran, mendakwa kerajaan Kanada telah memperalatkan isu keganasan dan melanggar hubungan antarabangsanya.
"Nyahsenarai hitam oleh Kanada adalah langkah berbahaya yang boleh melemahkan keselamatan antarabangsa dan keamanan dunia," kata pegawai Iran.

Menurut sumber, MEK mempunyai sejarah dalam melancarkan beberapa serangan kejam terhadap negara Barat dan menyasarkan Iran sejak tahun 1970-an hingga 1992.
MEK kemudian meletakkan senjata pada tahun 1993 dan digelar sebagai pergerakan pembangkang dalam buangan sehingga ke hari ini. - Al-Jazeera

No comments:
Post a Comment