Wednesday, December 26, 2012

PBB gesa Myanmar lindungi hak Muslim Rohingya

Tentera Myanmar tindas etnik RohingyaKerajaan di bawah pimpinan Presiden Thein Sein didakwa melakukan penindasan ke atas penduduk Rohingya.
NEW YORK - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam melahirkan kebimbangan berkenaan keganasan di antara masyarakat Islam Rohingya dan Buddha di Myanmar, sambil menggesa kerajaan negara itu bertindak berhubung laporan penganiayaan oleh sesetengah pihak berkuasa.
Perhimpunan Agung yang dianggotai 193 meluluskan satu resolusi tidak terikat menggesa Myanmar mengambil tindakan segera baiki keadaan di wilayah barat negaranya.

Keganasan di antara masyarakat Buddha dan Islam telah menyebabkan puluhan terbunuh di negeri Rakhine, demikian lapor Reuters.

Resolusi menggesa kerajaan Myanmar mengambil tindakan memperbaiki situasi dengan  melindungi hak asasi manusia dan hak kewarganegaraan masyarakat Islam.

Sekurang-kurangnya 800,000 umat Islam Rohingya tinggal di negeri Rakhine.

Resolusi yang diluluskan semalam mirip tindakan yang diambil oleh Jawatankuasa Ketiga Perhimpunan Agung bulan lalu, yang memfokus ke atas hak asasi manusia.

No comments:

Post a Comment