30 November 2012
KAHERAH - Mahkamah Mesir, kelmarin, menjatuhkan hukuman mati ke atas tujuh penganut Kristian Koptik dan paderi anti-Islam, Terry Jones selepas didapati bersalah merosakkan perpaduan negara, menghina Islam secara terbuka dan menyebarkan maklumat palsu.
Keputusan yang dibacakan tanpa kehadiran semua tertuduh itu juga dikaitkan dengan penghasilan filem, Innocence of Muslims yang mencetuskan kemarahan orang Islam di seluruh dunia pada September lalu.
Semasa perbicaraan, filem bajet rendah tersebut turut dipertontonkan kepada hakim termasuk rakaman protes ganas di Libya.
Difahamkan, tujuh tertuduh warga tempatan yang tinggal di Amerika Syarikat termasuk pembikin filem, Mark Basseley Youssef, 55, akan menghadapi perbicaraan baru jika mereka kembali ke Mesir.
Awal bulan lalu, Youssef dijatuhi hukuman penjara setahun oleh mahkamah di California atas kesalahan perlanggaran akhlak.
Menurut jurucakap mahkamah, keputusan akhir berhubung kes itu akan diumumkan pada 29 Januari depan. - AP

No comments:
Post a Comment