Sunday, December 2, 2012

Penyembelihan kanak-kanak terancang

myMetro | Penyembelihan kanak-kanak terancang: "BERBICARA kisah kekejaman rejim Zionis bersama Pengarah Perhubungan Luar Kementerian Pendidikan Palestin, Ahmad Annajar segera menimbulkan rasa geram berbaur sayu di hati penulis.

Ahmad dengan tegas menyifatkan serangan Israel antara 14 November hingga 23 November lalu sebagai ‘operasi penyembelihan kanak-kanak Gaza yang terancang.


Beliau berkata, ini terbukti apabila Timbalan Menteri Luar Israel, Danny Ayalon dengan rasa bangga `merestui’ pembunuhan kejam itu dengan menyifatkannya wajar dan layak diterima penduduk Islam di Semenanjung Gaza.

Seramai 173 penduduk Gaza terbunuh dalam siri serangan terbaru Israel itu dengan 43 kanak-kanak manakala 13 lagi mangsa wanita. Baginya pembunuhan anak kecil ini amat kejam kerana rumah serta sekolah dijadikan sasaran puluhan ribu peluru berpandu dan roket. Ahmad percaya Israel mungkin cuba mengurangkan jumlah populasi dan bilangan kanak-kanak Gaza yang diyakini bakal menjadi ancaman besar kepada masa depan bumi haram Israel.


Jenayah perang yang dilakukan Israel kali ini turut dikaitkan dengan populasi di kalangan kanak-kanak Gaza didapati meningkat dengan mendadak sejak serangan besar-besaran terakhir pada Disember 2009."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment