Kosmo! Online - Dunia: "
LOS ANGELES - Penyanyi popular Amerika Syarikat (AS) yang juga Wakil Keamanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Stevie Wonder telah membatalkan persembahan untuk Rakan Tentera Pertahanan Israel (FIDF) selepas beberapa organisasi meminta agar dia tidak meneruskan niat itu.
Penyanyi irama soul berusia 62 tahun itu dijadual mengadakan persembahan pada 6 Disember depan dalam satu majlis mengumpul dana di sini. Majlis tersebut dianjurkan oleh FIDF, sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu anggota tentera Isreal dan keluarga mereka.
"Disebabkan oleh situasi semasa di Asia Barat dan hati yang sentiasa ingin melihat dunia ini aman damai, saya tidak akan membuat persembahan pada malam Gala FIDF," jelas Wonder dalam satu kenyataan.
Wonder bagaimanapun menyatakan akan memberi sumbangan kepada badan-badan yang membantu kanak-kanak cacat di Israel dan Palestin.
Menurut kenyataan pihak Kempen AS untuk Menamatkan Serangan Israel, keputusan Wonder itu hadir selepas mendapat tentangan daripada banyak organisasi dan tiga petisyen antarabangsa. - Reuters"
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment