VIENNA 29 Nov. - Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berkata, masih tiada perkembangan terbaru berhubung dakwaan program nuklear Iran, walaupun pelbagai usaha intensif dilakukan oleh pihaknya.
''Tiada keputusan konkrit dicapai (berhubung isu nuklear Iran),'' kata Yukiya Amano pada satu mesyuarat suku tahunan lembaga pentadbir 35 negara pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di sini hari ini.
Amano berkata, IAEA amat komited untuk berdialog dengan Iran berhubung isu program nuklear negara itu.
Katanya, satu mesyuarat baru akan diadakan pada 13 Disember ini, selepas beberapa pusingan rundingan sejak Januari lalu gagal mencapai sebarang kemajuan dalam siasatan agensi itu yang lama terhenti.
''Masih ada peluang untuk menyelesaikan isu nuklear Iran secara diplomatik," katanya.
Diplomat veteran Jepun itu juga mengulangi permintaannya supaya Iran segera menyediakan akses kepada pangkalan tentera Parchin kerana IAEA percaya ujian letupan yang relevan dengan pembangunan senjata nuklear telah diadakan di situ.
Katanya, beliau bimbang 'aktiviti besar-besaran' di Parchin dan secara tidak langsung mengesyaki kerja-kerja pembersihan senjata sedang dilakukan di tapak tersebut.
''Imej satelit menunjukkan 'kerja secara besar-besaran' termasuk pemindahan dan penggantian tanah berlaku di kawasan ini (Parchin),'' katanya. - REUTERS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121130/lu_03/Tiada-perkembangan-baharu-program-nuklear-Iran---IAEA#ixzz2DsTrIsIW
© Utusan Melayu (M) Bhd
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment