MONYWA, Myanmar 29 Nov. - Pasukan keselamatan terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan tunjuk perasaan di sebuah lombong tembaga di barat laut negara ini, mengakibatkan beberapa orang penduduk kampung dan sami Buddha cedera.
Rusuhan di lombong Letpadaung itu berlaku selepas beberapa jam pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi melawat kawasan tersebut untuk mendengar keluhan penduduk.
"Kejadian ini tidak tidak boleh diterima, keganasan seperti ini tidak patut berlaku di bawah kerajaan yang mendakwa mereka komited dengan demokrasi,'' kata Ottama Thara, seorang sami muda berusia 25 tahun yang turut menyertai bantahan tersebut.
Menurut jururawat di hospital Monywa, seramai 27 orang sami dan seorang lagi penduduk dirawat di hospital selepas melecur apabila peluru yang dilepaskan mengeluarkan percikan api.
Dua sami yang mengalami kecederaan teruk dihantar ke hospital Mandalay, bandar kedua terbesar di negara ini.
Penduduk yang merusuh dihalau dan kemudian berkumpul di kuil Buddha kira-kira lima kilometer dari pintu masuk ke lombong terbabit.
Televisyen tempatan kelmarin menyiarkan pengumuman dan arahan supaya penunjuk perasaan menghentikan kerja-kerja di lombong pada tengah malam atau berdepan tindakan undang-undang.
- AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121130/lu_05/Rusuhan-di-lombong-Myanmar#ixzz2DsUDX3jn
© Utusan Melayu (M) Bhd
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment