10 Januari 2013
AYER KEROH - Seorang bakal pengantin dari Kampung Simpang Bekok, Jasin, mahu mencari bapa kandungnya untuk menjadi wali pada majlis pernikahannya yang dijadualkan berlangsung 4 Mei depan.
Mastura Abdul Hussan, 28, berkata, bapa kandungnya, Abdul Hussan Munshideen, 60-an, yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak tidak dapat dikesan sejak berpisah dengan ibunya, Khalijah Ayib, 58, kira-kira 28 tahun lalu.
“Sejak bapa meninggalkan kami sekeluarga, tiada sebarang berita mengenainya. Kami telah berusaha mengesannya dengan bertanya saudara dan keluarga sebelah bapa termasuk di kampung asal di Kuala Kangsar, namun tidak berhasil.
“Ahli keluarga di Kuala Kangsar pun tidak tahu di mana bapa saya berada kerana sudah lama dia menghilangkan diri begitu sahaja tanpa khabar berita. Ini membuatkan kami buntu mencarinya,” katanya ketika hadir ke pejabat Sinar Harian, di sini semalam untuk mendapatkan bantuan.
Mastura berkata, lokasi terakhirnya bapanya menetap adalah di Bangi, Selangor dan selepas bercerai dengan ibu, tiada sebarang khabar berita.
“Saya sendiri pun, tidak pernah mengenali bapa, apatah lagi rupanya kerana ketika itu saya masih kecil.
“Harapan saya, agar bapa dapat hadir menjadi wali kepada majlis pernikahan saya nanti, seterusnya dapat turut sama melangsungkan majlis.
Mastura yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik berkata, segala persiapan untuk majlis perkahwinannya di kampung Simpang Bekok sudah pun bermula, tetapi urusan mencari bapanya belum berhasil.
Dia berharap bapanya tampil serta menjadi wali pernikahannya dan sesiapa mengenali atau mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi bapa tirinya, Azali Yaakob di talian 012-2119514.

No comments:
Post a Comment