Thursday, January 10, 2013

Berlusconi diarah bayar bekas isteri RM791,180 sehari



GAMBAR fail Jun, 2004 menunjukkan Berlusconi (kanan) dan isterinya, Lario tiba untuk makan malam bersama Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush di Rom, Itali.


ROM - Bekas perdana menteri Itali, Silvio Berlusconi mengecam tiga hakim wanita sebagai feminis dan komunis kelmarin kerana memutuskan beliau berhutang AS$260,000 (RM791,180) sehari kepada isterinya berhubung penyelesaian perceraian mereka.
Pada 28 Disember tahun lalu, akhbar Corriere della Sera melaporkan keputusan mahkamah itu dengan Berlusconi diarahkan membayar jumlah tersebut kepada Veronica Lario yang dikahwininya pada 1990.
Ini adalah kali pertama Berlusconi mengeluarkan kenyataan terbuka tentang penyelesaian perceraian mereka. Namun, beliau tidak mendedahkan jumlah sebenar yang perlu dibayar kepada isterinya.
"Mereka mengarahkan saya membayar AS$260,000 sehari dan ini mendedahkan siapa sebenarnya hakim-hakim di Milan itu," kata Berlusconi dalam satu wawancara bersama saluran televisyen La7.
"Mereka ialah tiga hakim feminis dan komunis," tambahnya.
Dalam wawancara tersebut, Berlusconi mengulangi dakwaan sebelum ini bahawa ketiga-ketiga hakim Milan itu telah mendakwanya sejak beliau menceburi politik pada 1994 kerana menentang fahaman politiknya.
Pada Oktober tahun lalu, sebuah mahkamah di Milan menjatuhkan hukuman penjara empat tahun ke atas Berlusconi kerana menipu cukai dengan beliau merancang merayu hukuman tersebut.
Pemimpin berusia 76 tahun itu kini bertanding untuk penggal kelima dalam pilihan raya Parlimen yang dijadualkan pada 24 dan 25 Februari depan.
Lario mengemukakan perceraian daripada bilionair itu pada 2009 selepas mendakwa beliau menjalinkan hubungan sulit dengan seorang gadis berusia 17 tahun.
Menurut Berlusconi, beliau kini merayu keputusan mahkamah berkenaan. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0110&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2HWX03Pof 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment