Wednesday, January 9, 2013

syria

-142 orang terbunuh pada hari ini dengan 22 orang antaranya terdiri dari askar Syiah.
-FSA kini sedang bertempur dengan tentera Syiah dari utara hingga ke selatan Syria hampir dalam setiap bandar.
-Rusia menghantar 2 buah lagi kapal perang dengan dipenuhi senjata untuk menolong Assad serta menasihatkan beliau untuk kekal berada di Tartus dan memulakan sebuah negara Syiah disana sekiranya Damsyik berjaya diambilalih oleh FSA.

-Pakar analisis politik bimbang dengan pergolakan aneh yang sedang berlaku di Syria.

1. Terlalu banyak sumber senjata digerakkan ke barat Syria (Tartus), ini termasuklah senjata-senjata konvensional seperti senjata kimia, senjata biologi serta pergerakkan taktikal.

2. Pembunuhan beramai-ramai terhadap masyarakat Sunni telah difokuskan ke barat Syria (Tartus), kemungkinan besar sebagai penggantian beramai-ramai masyarakat Sunni kepada masyarakat Syiah.

3. Perkampungan Sunni di barat Syria sedang menderita kelaparan (tiada elektrik, tepung, roti, makanan dan sebagainya) sementara perkampungan Syiah mempunyai bekalan makanan yang cukup untuk 1 tahun tanpa perlu simpan stok makanan yang baru.

4. Harga sekeping roti di perkampungan Sunni berharga 500 lira manakala di perkampungan Syiah cuma 25 lira, tidak perlu disebutkan lagi di perkampungan Sunni, masyarakatnya diancam dengan serangan MIG-29 semasa membeli makanan seperti yang terjadi baru-baru ini yang mengorbankan 300 orang pembeli roti.

5. Perkampungan Sunni di barat Syria telah dikepung dengan tentera Syiah yang ramai dan dilengkapi dengan senjata berat sejak sebulan yang lalu, mereka risau akan berlaku pembunuhan beramai-ramai masyarakat Sunni sebelum digantikan dengan masyrakat Syiah.

- AlJazeera

LINK: http://www.aljazeera.net/news/pages/6cab1529-e591-499e-99d0-118d07477d63?GoogleStatID=1
LINK: http://www.aljazeera.net/pointofview/pages/281937fd-8069-4565-8d5e-c8c64c439afa?GoogleStatID=13
LINK: http://aljazeera.net/news/pages/c1b4e002-e411-4974-b4eb-1df73deabf6d

No comments:

Post a Comment