9 Januari 2013
ZAATARI - Rusuhan tercetus di kem pelarian penduduk Syria di Jordan, semalam hingga menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh pekerja bantuan cedera dalam insiden itu.
Jurucakap badan amal, Ghazi Sarhan berkata, kejadian tersebut berlaku selepas puluhan khemah pelarian Syria roboh dan ada diterbangkan angin kencang pada malam kelmarin.
"Kebanyakan daripada mereka berasa sedih kerana hilang tempat berteduh hingga ada bertindak luar kawalan dengan memukul dan membaling batu ke arah pekerja bantuan yang sedang mengagihkan roti," katanya.
Keadaan dilaporkan kembali tenang selepas petugas di kem itu membuat pengumuman melalui sistem pembesar suara menggesa mereka untuk bersurai dari kawasan padang yang berlumpur akibat hujan lebat dibawa ribut musim sejuk.
Jordan dan Turki yang menempatkan jumlah pelarian Syria tertinggi berbanding negara lain kini berhadapan ancaman ribut musim sejuk yang pertama kali melanda rantau tersebut. - AP

No comments:
Post a Comment