3 Januari 2013
KAHERAH - Seorang pengacara program komedi tempatan disiasat selepas dipercayai menghina Presiden Mohammed Mursi, semalam.
Peguam, Ramadan Abdul Hamid Al-Oqsori berkata, Bassem Youssef didakwa menghina Mursi dengan meletakkan imej pemimpin Islam itu pada sebiji bantal dan mengejeknya.
Siasatan terhadap Youssef menguatkan lagi andaian media berhaluan kiri dan wartawan bebas mengenai kebebasan akhbar di bawah perlembagaan Mursi.
Sementara itu, akhbar harian bebas terkenal di Mesir, Al-Masry Al-Youm juga bakal disaman selepas menyiarkan berita palsu yang dianggap mampu menggugat keamanan dan keselamatan awam.
Bagaimanapun, beberapa kes personaliti media mengkritik Mursi telah digugurkan dakwaan.
"Pejabat presiden percaya kritikan media tidak ada kaitan dengan prosedur guaman," kata pegawai.

No comments:
Post a Comment