3 Januari 2013
KARACHI - Seramai tujuh penumpang bas termasuk dua petugas sukarela Pakistan maut dalam nahas melibatkan serangan bom motosikal lewat malam kelmarin.
Insiden yang berlaku di Karachi itu turut mencederakan sekurang-kurangnya enam penumpang lain yang sedang dalam perjalanan pulang dari perhimpunan parti anjuran sebuah parti politik, Pergerakan Muttahida Qaumi.
"Bom berkenaan dilekatkan pada motosikal yang melanggar bas mangsa," kata jurucakap pegawai kanan polis, Imran Shokat.
Shokat turut mengesahkan, motosikal penyerang itu diletakkan di tengah-tengah laluan sesak bandar Aisha Manzil.
Pengarah sukarelawan Pakistan memaklumkan, pihaknya percaya insiden tersebut adalah serangan terbaru kumpulan anti-polio yang sebelum ini menembak mati sembilan petugas yang lain. - Al-Jazeera

No comments:
Post a Comment