Thursday, January 3, 2013

Ulama terlepas hukuman mati



 
ABU BAKAR bercakap kepada pemberita daripada lokap sementara menunggu perbicaraan di Mahkamah Jakarta, semalam.
ABU BAKAR bercakap kepada pemberita daripada lokap sementara menunggu perbicaraan di Mahkamah Jakarta, semalam.
Pendakwa Indonesia gugur tuduhan keganasan terhadap Abu Bakar

JAKARTA: Pendakwa Indonesia semalam menggugurkan tuduhan keganasan paling serius terhadap guru agama Abu Bakar Bashir kerana kekurangan bukti, menyebabkan beliau berhadapan dengan kemungkinan penjara seumur hidup berbanding hukuman mati. Pendakwa pada perbicaraan yang diadakan di Jakarta berkata dakwaan terhadap menyediakan senjata api dan bahan letupan bagi perbuatan ganas, yang mungkin menyebabkan guru agama berusia 72 tahun itu boleh dihukum mati, tidak dapat dibuktikan.
Dakwaan menghasut perbuatan ganas juga digugurkan menyebabkan hanya dakwaan menyediakan bantuan kewangan lebih AS$62,000 (RM186,000) bagi sebuah kumpulan pengganas di mana pendakwa mahu satu hukuman penjara seumur hidup dikenakan terhadap beliau.

Beratus-ratus pengikut Abu Bakar melaungkan kalimah AllahuAkbar sebagai menyokong lelaki terbabit yang disifatkan sebagai pemimpin jihad di Asia Tenggara.

Abu Bakar memberitahu AFP beliau menolak semua tuduhan terhadap dirinya dan mengutuk pendakwa sebagai ‘rakan iblis’. “Rakan kepada iblis sentiasa begitu, sentiasa cuba menentang orang yang cuba mempertahankan Islam,” katanya.

“Sungguh biadap. Mereka ini perlu dipanggil pengganas, hanya Allah yang dapat membalas mereka.”
Katanya, semua dakwaan terhadap beliau adalah palsu. “Saya sepatutnya dibebaskan,” katanya.

Kira-kira 2,500 polis dilengkapi kenderaan perisai berkawal di mahkamah Jakarta terbabit ketika guru agama yang sering muncul mengenakan jubah putih itu sepatutnya dijatuhkan hukuman semalam.

Beliau memberitahu pemberita sebelum perbicaraan bahawa beliau menjangkakan pendakwa akan memohon hukuman mati terhadapnya.

“Jika dikenakan hukuman mati saya akan bertukar menjadi ikon sama seperti Osama,” katanya yang merujuk kepada pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden yang dibunuh pasukan tentera elit khas Amerika Syarikat di Pakistan minggu lalu.

Beliau memuji Osama sebagai seorang ‘wira suci’ yang akan menerima balasan di syurga dan memberi amaran kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama akan menyesal atau menjadi ‘anjing di syurga’. – AFP

No comments:

Post a Comment