DHAKA - Pendakwah TV yang menjadi buruan kerana jenayah perang semasa peperangan menentang Pakistan dijatuhi hukuman mati semalam.
Maolana Abul Kalam Azad, 63, didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati oleh Hakim Obaidul Hasan kerana terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai pada tahun 1971 semasa menentang Pakistan.
Kes tersebut juga menjadi kontroversi di negara berkenaan.
“Ia adalah kemenangan bagi umat manusia. Rakyat Bangladesh sendiri sudah menunggu keputusan kes ini sejak tahun 1971 lagi dan kini, mereka semua mampu menarik nafas lega,” kata peguam negara, Mahbubey Alam.
Penyokong pemerinah parti Liga Awawi turut mengadakan perarakan di ibu negara malah di seluruh negara sebaik keputusan itu diumumkan.
Maolana merupakan bekas ahli parti pembangkang Islam terbesar di Bangladesh, Jamaat-e-Islami.
Seramai 11 orang pemimpin pembangkang - sembilan dari Jamaat dan dua dari Parti Kebangsaan Bangladesh dituduh melakukan perang jenayah.
Parti itu berkempen menentang perang pemisah Bangladesh dari Pakistan.
Parti itu turut menyokong dan mengambil bahagian dalam beberapa siri kekejaman yang dilakukan oleh tentera Pakistan.
Maolana juga pernah mengetuai sebuah badan amal Islam tetapi pernah melarikan diri dari negara itu selepas Tribunal Jenayah Antarabangsa dibuka.
Kerajaan berkata Sekurang-kurangnya tiga juta orang terbunuh dalam perang dan ramai yang dibunuh oleh penduduk tempatan yang bekerjasan dengan tentera Pakistan.

No comments:
Post a Comment