Wednesday, January 23, 2013

Letupan bom penyerang berani mati ragut 30 nyawa



DAMSYIK 22 Jan. - Sekurang-kurangnya 30 orang maut apabila penyerang berani mati meletupkan bom di wilayah Hama semalam.
Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria berkata, penyerang berani mati itu menjadikan sebuah bangunan yang digunakan kumpulan militia prokerajaan di bandar Salmiyeh di Hama sebagai sasaran serangan tersebut.
Agensi berita rasmi SANA melaporkan sebuah kereta yang mengandungi bom diletupkan di Salmiyeh menyebabkan sejumlah orang maut dan cedera.
Badan hak asasi itu berkata, letupan kuat juga dilaporkan berlaku di kawasan perumahan Dumar, Damsyik.
Namun, badan hak asasi itu tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian dan jumlah kematian.
Kejadian tersebut berlaku ketika Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil al-Arabi menyatakan misi damai utusan khas antarabangsa ke Syria, Lakhdar Brahimi setakat ini masih belum menunjukkan sebarang perkembangan untuk menamatkan konflik di negara ini.
Nabil menggesa pemimpin-pemimpin negara Arab meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengadakan pertemuan dan mencari penyelesaian bagi menamatkan pertumpahan darah di Syria.
Beliau juga meminta tentera pemantau antarabangsa ditubuhkan bagi memastikan pertempuran ditamatkan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130123/lu_09/Letupan-bom-penyerang-berani-mati-ragut-30-nyawa#ixzz2IkknYs00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment