Lebih 2000 penunjuk perasaan Albania berhimpun mengutuk tindakan polis Serbia.
BELGRADE - Ribuan etnik Albania mengadakan protes terhadap tindakan tentera Serbia memusnahkan tugu peringatan pejuang serta berpuluh kubur di kejiranan Kosovo, kelmarin.
Menurut aktivis, tugu peringatan yang diletakkan di bandar Presevo telah dibuang pada Ahad lalu, oleh 200 pegawai polis Serbia yang bertopeng bersama kereta perisai.
"Tugu peringatan itu mengandungi tulisan nama 27 pejuang etnik Albania yang terkorban sewaktu konflik berdarah tahun 2000 di Lembah Presevo," katanya.
Pihak berkuasa Kosovo memberitahu, kemarahan penduduk memuncak apabila sebanyak 60 kubur di tanah perkuburan Serb, barat Prizren dan timur Klokot dimusnahkan tanpa sebab.
Selain itu, beberapa bunyi tembakan turut kedengaran di kawasan tanah perkuburan berkenaan yang menempatkan mangsa korban perang di Gorazdevac pada tahun 1998 dan 1999.
Penduduk Albania yang menghuni keseluruhan kawasan Kosovo dan Albania mengutuk keputusan kerajaan membuang tugu peringatan pejuang perang.
Serbia yang bakal menyertai Kesatuan Eropah bagaimanapun, menyuarakan tindakan mereka bukan sesuatu perkara yang memalukan. - Al-Jazeera

No comments:
Post a Comment