Wednesday, January 23, 2013

Kem Palestin diroboh

Roboh kem PalestinTentera sempadan Israel menahan sekumpulan penduduk Palestin di kem Bab Al-Shams.
TEBING BARAT - Sekumpulan askar Israel bertindak merobohkan empat khemah bantahan Palestin dan sebuah bangunan yang dalam pembinaan berdekatan kawasan perkampungan penempatan haram Yahudi, semalam.

Menurut sumber ketenteraan, tentera rejim Zionis turut memusnahkan bangunan dekat Beit Iksa, pinggir bandar barat laut Baitulmaqdis selepas mengusir lebih 20 penduduk tempatan.

"Tentera rejim telah menghantar surat mengarahkan penyingkiran penceroboh yang berkhemah di kawasan itu dengan mengatakan tiga daripada khemah berkenaan berada di atas tanah Israel dan khemah keempat pula menghalang rancangan laluan pemisah," kata pegawai.

Pada Jumaat lalu, sekumpulan aktivis lelaki berkumpul dan mendirikan khemah yang digelar Bab Al-Karama bertujuan membantah niat Israel yang mahu merampas sekurang-kurangnya 50 hektar tanah berdekatan kampung itu.

Kem Bab Al-Karama diinspirasikan oleh penubuhan kem bantahan Palestin berasingan Bab Al-Shams mengandungi 24 buah khemah di atas tanah yang dipertikaikan di pinggir bandar Baitulmaqdis pada minggu lalu. - Al-Jazeera

No comments:

Post a Comment