23 Januari 2013
MANILA - Salah seorang mangsa tebusan kumpulan militan di Algeria, kelmarin mendedahkan pekerja asing dijadikan perisai manusia untuk menghentikan serangan udara dilancarkan tentera kerajaan.
Warga Filipina, Joseph Balmaceda yang selamat tiba di negara itu berkata, dia turut melihat seorang rakannya (warga Jepun) diikat dengan bahan letupan selepas kompleks pemprosesan minyak dan gas di In Amenas ditawan Rabu lalu.
"Setiap kali tentera melancarkan serangan, kami dipaksa untuk mengangkat tangan untuk melindungi mereka (militan)," katanya lagi.
Sementara itu, Perdana Menteri Algeria, Abdelmalek Sellal memberitahu 37 tebusan warga asing dari lapan negara termasuk seorang pekerja tempatan disahkan terbunuh dalam insiden serangan terancang tersebut.
Bagaimanapun, lima lagi pekerja asing masih hilang selepas krisis tebusan selama empat hari itu berakhir pada Sabtu lalu. - AFP

No comments:
Post a Comment