Jakarta: Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Priyo Budi Santoso meminta kerajaan mengerah lebih ramai anggota keselamatan ke Papua.
Gesaan itu dibuat selepas kejadian serangan yang menyebabkan lapan anggota tentera terbunuh minggu lalu. “Kerajaan perlu menimbangkan penghantaran lebih ramai anggota keselamatan ke Papua di samping memastikan pendekatan tanpa keganasan bagi mengelak masalah itu menjadi lebih besar,” katanya yang bertanggungjawab mengenai hal politik, undang-undang dan hak asasi kemanusiaan, kepada wartawan semalam. Dewan dan kerajaan dijangka membincangkan isu itu dalam mesyuarat minggu depan.
“Kami mahu bertanya kepada kerajaan mengenai usaha untuk mewujudkan keamanan di Papua dan sama ada ia sudah hilang kawalan terhadap situasi itu,” kata ahli politik parti Golkar terbabit. - Agensi
No comments:
Post a Comment