Tuesday, February 26, 2013

Rakyat Palestin lancar protes


Rakyat Palestin lancar protes
Kematian Jaradat memburukkan lagi ketenangan di wilayah Palestin.
TEL AVIV - Kira-kira 3,000 tahanan Palestin di penjara Israel melancarkan mogok lapar sehari, sebagai protes terhadap kematian seorang tahanan Palestin, kelmarin.

"Tahanan mengumumkan mereka enggan makan hidangan disediakan," kata jurucakap pegawai perkhidmatan Penjara Israel.

Kelmarin, seorang tahanan Palestin, Arafat Jaradat, 30, dilaporkan mati mengejut  kerana serangan jantung di pusat tahanan Megiddo, utara Israel.

Insiden itu mencetuskan kemarahan keluarganya dan penduduk di Palestin yang mendakwa Jaradat dianiaya oleh pasukan perisikan Israel, Shin Bet.

"Jaradat dalam keadaan sihat sewaktu ditahan polis pada minggu lalu," kata wakil pemerhati hak asasi kemanusiaan.

Sementara itu di Semenanjung Gaza, ratusan penduduk Palestin termasuk penyokong Hamas berhimpun mengadakan protes terhadap kematian Jaradad.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum berkata, pihaknya yakin kematian Jaradad berkaitan dengan kekerasan dilakukan oleh pihak Yahudi dan kerajaan Israel wajib bertanggungjawab. - AFP

No comments:

Post a Comment