Beijing: China berkata, kakitangan kerajaan yang tidak berdisiplin, dipecat daripada Parti Komunis dan berdepan tuduhan rasuah, semalam.
Menurut kenyataan pegawai kerajaan Shaanxi, Ketua Biro Pemeriksaan Keselamatan Wilayah, Yang Dacai, didapati bersalah “melakukan kesalahan disiplin serius” ketika bertugas.
“Yang juga disyaki melakukan beberapa jenayah lain,” katanya.
Yang menjadi perhatian tahun lalu selepas gambarnya tersenyum lebar di lokasi kemalangan bas di lebuh raya mengorbankan 36 orang tersebar luas di Internet.
Gambar itu kemudian disusuli imejnya memakai pelbagai jenis jam tangan mahal.
Tindakan kerajaan Shaanxi itu membayangkan peranan Internet semakin meluas mendedahkan amalan rasuah kakitangan kerajaan di China. - AP
No comments:
Post a Comment