Kumpulan MUJAO mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di Gao.
BAMAKO - Kumpulan Pergerakan Jihad dan Keesaan (MUJAO) berpangkalan di Barat Afrika mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di bandar Gao, utara Mali termasuk melakukan pengeboman berani mati, kelmarin.
Pegawai melaporkan, seorang lelaki berpakaian seragam tentera melepaskan tembakan menggunakan senapang AK-47 sejurus tiba di Gao.
Serangan itu juga tercetus dua minggu selepas tentera Mali yang dibantu pasukan keselamatan Perancis menumpaskan sayap militan Al-Qaeda.
"Penyerang menggunakan laluan sungai untuk memasuki Gao dan serangan dimulakan kira-kira jam 2 petang (waktu tempatan) berlarutan sehingga malam," kata pegawai tentera Perancis, Bernard Barera.
Sabtu lalu, seorang penyerang berani mati meletupkan dirinya sebaik tiba di pusat keselamatan utara Gao dan mencederakan seorang askar tempatan. - Al-Jazeera

No comments:
Post a Comment