facebook
$entry.content.caption.value
THE HAGUE - Laman sosial Facebook berhadapan dengan tindakan undang-undang berhubung isu hak paten penggunaan butang “Like” dan "share".

Firma itu yang disenaraikan tahun lalu disaman oleh sebuah syarikat pemegang paten, yang bertindak bagi pihak seorang pengatur cara komputer dari Belanda, yang telah meninggal dunia, Joannes Jozef Everardus van Der Meer.

Media Sosial Rembrandt berkata, kejayaan Facebook adalah berdasarkan sebahagiannya daripada penggunaan dua paten van Der Meer tanpa kebenaran.

Facebook berkata, ia tidak mempunyai sebarang komen buat masa sekarang berhubung tuntutan itu.

Tuntutan mahkamah telah difailkan di Mahkamah Persekutuan di Virginia oleh Rembrandt.

"Kami percaya paten Rembrandt mewakili satu asas penting media sosial seperti yang kita tahu, dan kita mengharapkan seorang hakim dan juriakan mencapai kesimpulan yang sama berdasarkan bukti," kata peguam Tom Melsheimer dari firma undang-undang Fish and Richardson yang mewakili pemegang paten itu.

Rembrandt kini memiliki teknologi paten Van Der Meer yang digunakan untuk membina satu rangkaian sosial baru yang dipanggil Surfbook, sebelum kematiannya pada 2004.

Van Der Meer telah diberikan paten pada tahun 1998, lima tahun sebelum kemunculan pertama Facebook.

Menurut kertas kerja undang-undang yang difailkan oleh Fish and Richardson, Surfbook adalah diari sosial yang membolehkan orang ramai berkongsi maklumat dengan rakan-rakan dan keluarga serta meluluskan beberapa data menggunakan butang "Like".