Tuesday, February 12, 2013

SIDANG OIC BINCANG ISU SYRIA



Satu sidang kemuncak yang dihadiri pemimpin-pemimpin utama Islam telah diadakan di Kaherah pada hari Rabu, 6 Februari, di mana majoriti mereka mengangkat konflik di Syria sebagai isu utama pertemuan tersebut kerana konflik di sana telah meragut beribu-ribu nyawa masyarakat Islam tidak berdosa.

"Rejim Syria (Bashar Al Assad) harus belajar dari sejarah akibat kebangkitan rakyat yang berlaku di seluruh negara," kata Presiden Mesir Mohamad Mursi dalam ucapan perasmian persidangan kemuncak OIC - Organization of Islamic Cooperation summit kali ke-12.

Sidang kemuncak dua hari itu dihadiri oleh 57 anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) termasuk Iran, sekutu tegar kerajaan Bashar Al Assad. Manakala wakil Syria tidak hadir pada sidang kemuncak Islam selepas digantung keanggotaan OIC sejak dari bulan Ogos tahun lepas di Arab Saudi.

Dalam persidangan itu Dr Morsy menggesa semua ahli OIC termasuklah Ahmadinejad, Presiden Iran yang hadir dalam pertemuan sidang OIC tersebut agar menyokong usaha pembangkang Syria bagi menyatukan dan membawa perubahan.

Satu kenyataan yang digubal oleh Jabatan Hubungan Luar OIC berkata bahawa komuniti akhbar Reuters terus menyalahkan kerajaan Assad yang telah menjadi punca pembunuhan berskala besar di negaranya dan turut menggesa agar peralihan politik segera dilaksanakan.

"Kami menggesa rejim Bashar di Syria untuk lebih bersikap bijaksana menjayakan dialog yang serius terhadap gabungan revolusi Syria kebangsaan, pasukan pembangkang, dan wakil-wakil kerajaan Syria yang masih hidup agar komited melakukan transformasi politik di Syria."

Draf yang dikeluarkan oleh Jabatan HUbungan Luar OIC juga menggesa Gabungan Pembangkang Kebangsaan Syria (Syrian National Coalition - SNC) untuk menyegerakan pembentukan kerajaan peralihan dan bersedia memikul tanggungjawab sepenuhnya sehingga selesai proses perubahan yang diingini kepentingan politik bersama.

Sumber : OnIslam.net

No comments:

Post a Comment