Tuesday, February 12, 2013

Tanah dirampas, tanaman dimusnah


logo tabung gaza
Tabung Kemanusiaan Gaza.
Tabung Kemanusiaan Gaza.

HAMPIR setiap hari rakyat Palestin terpaksa menanggung penderitaan atas kekejaman rejim Zionis terhadap mereka.

Ada saja cara digunakan Zionis untuk memastikan rakyat Palestin terus terseksa termasuklah baru-baru ini tanaman penduduk di Kampung Al-Khader, di selatan Tebing Barat dimusnahkan.

Menurut saksi, rejim merampas lima bidang tanah milik penduduk dan mencabut semua tanaman ditanam mereka.

Turut terjejas ialah tanah pertanian milik seorang penduduk, Ali Abdul Hadi di kawasan Khallet Umm al-Fahm yang turut dirampas.

Rejim juga telah mengeluarkan arahan agar petani tidak mengusahakan sebarang tanaman di tanah itu dan mencabut pokok yang sedia ada.

Jawatankuasa kampung Al-Khader, Ahmed Salah berkata, rejim Zionis mahu mengambil alih tanah di Khallet Umm al-Fahm bagi membangunkan taman dan penempatan untuk rakyatnya.

Sementara itu, dalam situasi yang lain, tentera rejim memecah masuk banyak rumah di kampung Burkin, dekat Jenin, untuk mencari warga Palestin yang dikehendaki, namun tiada seorang pun yang ditemui.

Sebaliknya, mereka menahan beberapa pemuda yang didakwa telah membaling batu ke arah tentera rejim sewaktu pencerobohan dilakukan.

Malah, tentera rejim turut melepaskan gas pemedih mata ketika berdepan dengan kumpulan pemuda yang cuba menghalang tindakan mereka itu.

Sampai bilakah rakyat Palestin akan terus berdepan dengan situasi ini? Adakah kita juga sanggup melihat penderitaan saudara kita di sana?

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, sama-samalah kita menghulurkan sumbangan ke Tabung Kemanusiaan Gaza-Sinar Harian di Akaun Maybank Sinar Karangkraf tertera atau hubungi talian 03-51013888.

No comments:

Post a Comment