Monday, March 4, 2013

3 penceroboh ditangkap


Lahad Datu: Cubaan tiga penceroboh yang bersembunyi di Kampung Tanduo, di sini, untuk keluar dari kawasan terbabit gagal selepas mereka ditangkap polis malam kelmarin.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, tiga lelaki terbabit yang cuba melepasi kawasan itu disedari anggota polis yang berkawal dan terus menahan mereka.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas mereka menemui sebilah parang milik salah seorang penceroboh itu dan mereka kini ditahan untuk siasatan.
“Ingin saya tegaskan, kenyataan dikeluarkan sebelum ini supaya mereka menyerah diri tidak berubah tambahan penceroboh sudah terkepung dan tidak boleh ke mana-mana.

“Anggota polis yang mengepung kawasan kampung berkenaan juga berada dalam posisi yang baik dan keadaan kita ini terkawal,” katanya pada sidang media Ops Sulu di Felda Sahabat 16, di sini, semalam.

Ismail berkata, pihaknya juga kini bekerjasama dengan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin untuk mengukuhkan keselamatan di sini.
“Kita kini juga dalam keadaan bersedia dan saya nasihat orang ramai supaya menjalankan urusan harian mereka seperti biasa kerana keselamatan mereka terjamin,” katanya.

No comments:

Post a Comment