Monday, March 4, 2013

Doa isteri iringi suami

Kota Bharu: “Berdebar hati apabila suami menelefon malam kelmarin mengatakan dia akan dihantar menjalankan operasi menangani pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.
“Sejak itu dia tidak pulang ke rumah dan hanya berada di kem untuk membuat persediaan. Hari ini (semalam) baru saya dan anak berkesempatan berjumpa ketika menghantarnya menaiki penerbangan ke Tawau,” kata Hasmawati Yahya, 36, isteri kepada Staf Sarjan Jasmadi Ismail, 38, anggota Rejimen ke-21 Melayu Askar Melayu Diraja (21RAMD).
Semalam, seramai 352 anggota termasuk pegawai dan lain-lain pangkat 21RAMD berpangkalan di Pengkalan Chepa, di sini, diterbangkan terus dari Kota Bharu ke Tawau menggunakan pesawat sewa khas AirAsia untuk membantu operasi di Lahad Datu.

Jurucakap Bilik Gerakan Markas 8 Briged Infantri (8 Briged) berkata, semua anggota itu berlepas pada jam 1 tengah hari dan 6 petang menerusi Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), di sini.
Foto
HASMAWATI (tengah) bersama isteri anggota 21RAMD lain melambai ke arah suami masing-masing.

Hasmawati berkata, ini kali pertama suami dihantar bertugas jauh daripada keluarga selepas mereka berkahwin kira-kira 12 tahun lalu.

No comments:

Post a Comment