Monday, March 4, 2013

Aleppo hampir dikuasai penentang


Damsyik: Kumpulan penentang, semalam menembak mati 34 anggota tentera kerajaan dalam serangan awal pagi terhadap sebuah akademi tentera di Aleppo.
Pertubuhan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi berkata, penentang menguasai sebahagian besar akademi itu di bandar Khan al-Assad selepas pertempuran sengit menguasai kubu terakhir rejim Bashar di barat Aleppo meletus beberapa hari lalu. Sementara itu, kumpulan jihad menawan penjara di wilayah Raqa dan membebaskan banduan.

Tentera kerajaan berundur dari penjara berkenaan yang terletak di utara wilayah itu selepas pertempuran sejak beberapa hari lalu.
“Anggota jihad dari Barisan Al-Nusra itu dan beberapa anggota penentang lain mengambil alih penjara dan membebaskan tahanan. “Sebahagian tahanan dipindahkan ke penjara berhampiran lain dan akan dihadapkan ke mahkamah Syariah sedikit masa lagi,” kata sumber penentang. Penjara itu ditawan ketika pertempuran sengit di pinggir bandar Raqa antara penentang dengan tentera kerajaan Syria.

Enam belas penentang dan 14 tentera terbunuh dalam pertempuran itu yang disifatkan sebagai paling ganas sejak kebangkitan menentang Presiden Bashar meletus hampir dua tahun lalu.

No comments:

Post a Comment