KAHERAH - Perbicaraan semula bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak sebelum ini dihukum penjara seumur hidup selepas didapati terlibat dalam pembunuhan ratusan penunjuk perasaan pada tahun 2011, akan diadakan pada 13 April depan, lapor agensi berita MENA semalam.
Hosni bersama-sama bekas Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adly dan enam lagi bekas ketua keselamatan akan dibicarakan semula atas arahan mahkamah tertinggi rayuan di negara ini.
Pada Januari lalu, mahkamah tersebut bersetuju mengadakan perbicaraan semula ke atas Hosni, 84, selepas beliau mengemukakan rayuan terhadap hukuman yang diterimanya.
Tarikh perbicaraan semula itu telah diputuskan oleh Presiden Mahkamah Rayuan Kaherah, Samir Abul Maati, lapor MENA.
Pada 2 Jun lalu, Hosni dan Habib dihukum penjara seumur hidup kerana gagal untuk mengelak kematian lebih 800 orang penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat yang berlaku pada Januari dan Februari 2011.
Hosni meletakkan jawatan pada Februari tahun itu selepas sejumlah penunjuk perasaan di negara ini mendesaknya meletakkan jawatan. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0304&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2MXp82g9G
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment