Monday, March 4, 2013

45 banduan bergaduh dikejarkan ke hospital


Riyadh: Sejumlah banduan cedera dalam satu pergaduhan di penjara Malaz di Riyadh, malam kelmarin.
“Pergaduhan bermula ekoran insiden ejek-mengejek antara banduan sebelum bertukar menjadi pergaduhan,” kata jurucakap Pengarah Penjara, Kolonel Ayyub Nahit sambil menambah 45 tahanan rakyat tempatan dan Habsyah cedera. Pegawai penjara mengejarkan 25 banduan yang cedera parah ke Hospital Polis, manakala baki 20 yang lain menerima rawatan kecemasan sebelum dihantar ke wad. Siasatan masih djalankan bagi memastikan punca yang menyebabkan pergaduhan itu.

Ayyub berkata, semua banduan yang terbabit dalam pergaduhan itu akan dikurung bagi mengelak saling bertemu dan memungkinkan terjadinya pergaduhan lagi.
Dalam insiden pergaduhan itu, sembilan ambulans dikejarkan ke penjara berkenaan bagi membawa mereka yang cedera ke hospital. - Agensi

No comments:

Post a Comment