Thursday, March 28, 2013

BARUA DAN JENTERA DAULAH


Saya wajib menerangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai jentera daulah. Ini kerana lembaga ini sedang memainkan peranan yang amat penting untuk masa depan kita semua. SPR diwujudkan oleh Parlimen. Dari segi perlembagaan SPR seharusnya tunduk kepada parlimen. Mengikut Parlimen SPR ialah satu lembaga bebas dari kuasa eksekutif. Tetapi ini tidak berlaku. SPR hari ini telah menjadi barua paling setia kepada United Malays National Organisation.

Saya juga wajib menerangkan kepada orang ramai tentang apa itu lembaga kepolisan - PDRM. Lembaga ini seharusnya bertugas untuk menjaga keamanan orang ramai. Tetapi ini tidak berlaku. Polis kita hari ini telah menjadi barua kepada United Malays National Organisation.

Saya juga wajib menerangkan tentang lembaga kehakiman - mahkamah dan Peguam Negara. Lembaga kehakiman ini wajib bergerak bebas berasaskan Perlembagaan dan undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen. Tugas lembaga ini ialah untuk menjamin kepentingan orang ramai. Tetapi hakikatnya hari ini lembaga kehakiman juga telah menjadi barua kepada United Malaya National Organisation.

Apa itu barua? Barua ini adalah satu konsep yang memiliki pelbagai makna. Secara jenerik barua ialah orang persaorangan atau kumpulan orang. Barua lebih rendah tahapnya dari seorang perkerja yang membuat kerja untuk mendapat upah. Barua ini lebih rendah tahapnya dari macai, ghurka atau hamba. Ini kerana barua ini tidak memiliki nilai dan harga diri. Ciri-ciri yang amat menonjol yang dimiliki oleh barua ialah kebijaksaan Sang Barua membodek.

Saya wajib juga menerangkan apa itu daulah. Dan apa itu lembaga daulah. Jika kita memahami daulah dan lembaga daulah maka kita akan memahami dengan jelas apa itu barua. Dan bagaimana barua muncul dan bergerak dalam daulah.

Daulah ialah perkataan Arab yang telah diMelayukan. Dalam bahasa Inggeris daulah ialah ‘state’ atau negara. Negara yang dimaksudkan disini bukan Negara Malaysia tetapi struktur, simbol dan lembaga-lembaga yang mewujudkan kelahiran sesebuah negara.

Negara wujud dengan adanya jentera negara atau jentera daulah. Parlimen, Polis, Mahkamah, SPR, Badan Kehakiman atau Tentera adalah lembaga yang bergerak sebagai jentera-jentera daulah. Lembaga dan jentera-jentera inilah yang mewujudkan negara Malaysia. Tanpa jentera-jentera ini Malaysia tidak akan wujud.

Parlimen adalah badan yang mewujudkan jentera atau lembaga ini. Tujuan mewujudkan lembaga daulah ialah untuk memastikan kepentingan orang ramai – kepentingan awam - didahulukan dari kepentingan individu. State atau daulah wajib menjalankan dasar untuk kepentingan umum bukan kepentingan individu atau satu kumpulan kecil. Ini falsafah daulah yang tidak berganjak sama ada di Timur, di Barat, Utara atau Selatan.

Hari ini di Malaysia semua jentera daulah yang sepatutnya menjalankan tugas untuk menjaga kepentingan orang ramai telah menjadi barua kepada United Malays National Organisation. Lembaga-lembaga ini dikendalikan oleh individu-individu. Individu yang mengendalikan lembaga-lembaga ini seharusnya sosok-sosok yang berwibawa, cekap, berilmu dan memiliki ketrampilan moral. Ini kerana sosok-sosok ini menjalankan kewajiban yang maha berat untuk memastikan kepentingan orang ramai didahulukan. Ini tidak berlaku.

Orang ramai akan bertanya bagaimana lembaga-lembaga daulah dan jentera daulah ini dapat dijadikan barua oleh United Malays National Organisation. Bukankah semua ini wajib dipantau oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara?

Sebenarnya menjadikan lembaga-lembaga ini sebagai barua bukan satu yang susah. Ini amat senang untuk difahami dan senang dilakukan. Dalam zaman Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty teknik untuk melahirkan barua ini telah menjadi satu seni.

Mahathir cukup senang dengan sesiapa sahaja yang memiliki masalah. Megat Joned yang terlibat dalam kes bunuh ‘pemilik kedai video’ terus menjadi barua Mahathir yang setia. Rahim Tambi Chik dengan kes rogol juga menjadi barua yang setia. Kuncinya ialah semua Sang Barua yang bekerja dengan Mahathir adalah sosok yang bermasalah. Sosok yang mengamalkan rasuah. Sosok yang berhutang. Lagi banyak beban dipikul lagi setia Sang Barua ini.

Teknik yang sama juga telah menobatkan lembaga kehakiman sebagai barua kepada United Malays National Organisation. Awalan sejarah lembaga kehakiman Malaysia ini amat dihormati kerana lembaga ini bebas dan berwibawa. Tetapi Anak Lelaki Iskandar Kutty telah mengubah semua ini. Justeru, muncul watak yang bernama Yussof Chin. Muncul V.K Lingam. Teknik ini diteruskan oleh Najib untuk melahirklan watak paling baru bernama Tan Sri Cecil Abraham. Lagi banyak ‘rahsia gelap’ yang dimiliki oleh sosok-sosok ini lagi layak untuk dilantik untuk menjadi barua.

Adalah rahsia umum bahawa ada diantara hakim-hakim ini ‘boleh didangdut’ . Mereka ‘ di dangdut’ oleh Towkay Ayam, oleh Towkay lendir, oleh Towkay Judi atau oleh Towkay Dadah. Perangai suka ‘ berdangdut’ ini telah menjalar dari mahkamah rendah hingga ke mahkamah tinggi. Apakah ini tidak diketahui oleh Peguam Negara? Kah kah kah. Peguam Negara juga ialah kaki dang dut paling ‘top’.

Pekara yang sama juga berlaku kepada lembaga kepolisan. Lembaga ini bukan hanya suka ‘berdangdut’ malah banyak pegawai lembaga ini telah menjadi pemilik ‘kelab dang dut’. Polis di Malaysia yang pada satu ketika dahulu amat dihormati dengan moto – sedia berkhidmat – kini telah berjaya dijadikan Sang Barua oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty.

Saya menulis tentang SPR, Polis dan Kehakiman ini kerana semakin dekat PRU13 – semakin jelas dilihat kebaruaan lembaga-lembaga ini. Saya perhatikan dengan rapi bagaimana pihak polis telah dibaruakan ketahap gaban. Laporan kepada pihak polis tentang jenayah yang jelas dilakukan oleh penyokong United Malays National Organisation telah tidak dipedulikan. Serangan demi serangan menimpa penyokong Pakatan Rakyat telah dibakul sampahkan.

Tetapi dengan cergas sekali lembaga polis akan bertindak terhadap Tian Chua, meyerbu pejabat Suara Keadilan, menangkap Mat Sabu atau Ci Gu Bard. Sikap ‘cergas’ ini menampakkan kepada umum bahawa polis hari ini ialah barua United Malays National Organisation.

Polis yang bertindak untuk menangkap Tian Chua atau Mat Sabu ini dengan cekap menghantar tuduhan ke mahkamah. Sekali lagi orang ramai melihat bagaimana mahkamah telah dijadikan barua. Saya bukan bercakap kosong. Bukti kebaruaan mahkamah ini tertonjol dalam kes pembunuhan Altantuya.

Dalam kes pembunuhan Altantuya yang paling menonjol ialah apabila Mahkamah, Hakim dan Pendakwa tidak bertanya kepada Sirul atau Azilah siapa yang mengupah mereka. Ini kerana Sirul dan Azilah dalam Akuan Bersumpah telah mengatakan bahawa mereka membuat kerja bunuh kerana makan upah.

Kes Altantuya ini telah membebaskan Razak Baginda dari terlibat. Kebaruaan mahkamah jelas apabila Pendakwa tidak pula pula membuat rayuan untuk Razak Baginda. Biasanya dalam kes bunuh pasti akan ada rayuan untuk ulang bicara. Bayangkan dalam Kes 7 Pelajar Berdemo dan Kes 4 Siswa UKM – bukan saja mahkamah merayu malah hingga hari ini kes masih berjalan. Jika ini bukan kerja barua maka Rosmah Mansor masih anak dara sunti yang langsing dan ramping.

Akhirnya kita sampai ke pada SPR. Lembaga ini adalah barua totok yang akan menipu untuk memastikan tuannya United Malays National Organisation menang dalam PRU13. Sebagai bukti - semakan Kerajaan Selangor di Bestari Jaya Utara mendapati kawasan yang mempunyai penduduk seramai 1,788 itu mempunyai pengundi seramai 3,589 orang. Kawasan Ijok pula yang diwakili Menteri Besar, Khalid Ibrahim, turut mencatatkan penambahan seramai 721 pengundi baru yang tidak dapat dikenalpasti. Pengundi lebih ramai dari penduduk. Bila dilaporkan - SPR telah tidak mempedulikan kes Ijok ini.

Di Pandamaran lebih 3 ribu pengundi telah kehilangan nama mereka dalam daftar mengundi. Lebih dari 5 ribu nama pengundi yang disangsikan telah ditemui. Kes kehilangan nama pengundi dan pengundi yang disangsikan ini telah di bawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Mahkamah telah menolak permohonan YB Charles Santiago untuk semakan daftar pengundi walaupun dibekalkan bukti yang jelas. Justeru , daftar ‘penuh penipuan’ ini akan digunakan dalam PRU13.

Apa yang jelas ialah lembaga dan jentera daulah ini semuanya telah dan sedang dijadikan barua oleh United Malays National Organsiatiomn. SPR, Polis, Jabatan Pendaftaran Negara dan Mahkamah kini sedang berkerjasama. Sebagai barua yang setia kepada tuannya lembaga-lembaga ini sedang bekerja keras siang dan malam untuk memastikan Pakatan Rakyat kalah dalam PRU13 ini.

Lembaga-lembaga daulah ini sedang menjadi benteng dan tembok untuk mempertahankan Parti Ketuanan Melayu dari ditenggelamkan oleh ombak rakyat. Sosok-sosok yang mengendalikan SPR – Pengerusi dan Pegawai – sedar bahawa sokongan rakyat menyebelahi Pakatan Rakyat. Ketua Hakim Negara dan kuncu-kucunya tahu bahawa tarikh lupus kuasa telah lama sampai. Malah Pegawai Polis yang berpangkat sedar bahawa United Malays National Organisation akan dihumbankan oleh rakyat.

Justeru semua sosok-sosok yang menjadi barua ini sedar apa akan terjadi kepada mereka. Ada yang telah bersedia untuk pindah ke luar negara. Ada yang secara senyap-senyap telah membeli ‘insuran’ dengan Pakatan Rakyat saperti yang telah dilakukan oleh Hitam dan Musa Hasan.

Tetapi masih ada satu kumpulan kecil yang masih berdegil. Sang Barua ini cuba mengviagrakan United Malays National Organisation yang semakin lembik. Untuk Sang Barua ini saya nasehatkan sila minta dari Lebai Google satu gambar klasik. Gambar klasik ini ialah gambar helikopter diatas Kedutaan Amerika pada 30 April 1975. Ini adalah hari Saigon ditawan – hari kuasa imperialis Amerika kalah dalam Perang Vietnam. (TT)

BARUA BARUA KERAJAAN LAMA VIETNAM
PEGAWAI KERAJAAN
PEGAWAI SPR VIETNAM
POLIS DAN MATA MATA 
PEGUAM DAN HAKIM
BARUA AMERIKA
AJEN AJEN AMERIKA
CUBA MELARIKAN DIRI
MASUK KE DALAM KAWASAN KEDUTAAN AMERIKA

No comments:

Post a Comment