Thursday, March 28, 2013

PAS mahu projek libatkan implikasi kewangan didedahkan kerana mandat BN telah tamat



Putrajaya perlu mendedahkan segala projek yang melibatkan implikasi kewangan, termasuk perjanjian yang telah ditandatangani semasa Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa (LIMA) Langkawi kerana mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) dipilih rakyat telah tamat pada 8 Mac lalu, gesa Datuk Mahfuz Omar.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan, mengambil kira tarikh Pilihan Raya 2008 yang dilaksanakan pada 8 Mac, mandat BN seharusnya tamat pada tarikh sama tahun ini kerana tempoh lima tahun itu telah tamat.

"Kerajaaan sementara tak boleh putuskan projek libatkan implikasi kewangan, hanya jalankan tugas harian," kata Naib Presiden PAS itu ketika sidang media di Ibu Pejabat parti tersebut di sini.

"Kerajaan sekarang ini sudah habis mandat, ini jenayah demokrasi dilakukan BN dalam usaha untuk mereka terus kekal berkuasa ... Satu rampasan kuasa tanpa senjata hak rakyat telah berlaku," tegas Mahfuz (gambar).

"Adalah sangat memalukan kerana tindakan ini menimbulkan krisis kepercayaan terhadap ahli perniagaan, pelabur, dengan menepikan kuasa rakyat."

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tegas Mahfuz masih lagi belum mengumumkan pembubaran Parlimen, sedangkan sepatutnya selepas tamat tempoh lima tahun, rakyat perlu diberi hak untuk kembali memilih peminpin mereka.

"Apabila berlaku sedemikian rupa, saya bimbang kerajaan banyak buat keputusan memberikan implikasikan kepada negara ... sepatutnya kembalikan kepada rakyat untuk rakyat pilih," tegasnya.

No comments:

Post a Comment