Thursday, March 28, 2013

Tak lari gunung di kejar, perubahan akan berlaku juga, insyaallah.

.

26 MAC — Tidak usah kita membuat spekulasi tentang pilihanraya lagi kerana ia akan tetap datang. Tidak lari gunung di kejar, kata pepatah kita. Yang terpenting arus perubahan sudah tidak dapat di hambat lagi oleh pihak yang cuba menahan arus perubahan itu. Setiap hari arus itu semakin pantas berkembang. Perubahan jelas akan berlaku jika di izin Tuhan.

Bagi saya pilihanraya akan di adakan pada bulan Mei yang akan datang ini. Penggal kali ini adalah penggal yang penuh dan terpanjang dalam sejarah Malaysia Merdeka. Penggal yang terpendek ialah penggal 1978 sehingga 1982 yang hanya selama tiga tahun lapan bulan.

Kita sedang melalui pengalaman pertama kali di mana penggal pilihanraya yang di bawa sampai kepenghujung penggalnya kerana pihak yang berkuasa amat takut menghadapi kekalahan. Najib tidak dapat mengukur sejauh mana rakyat menyokong beliau dan partinya walaupun berbagai-bagai “handouts” di berikan kepada rakyat sekarang ini.

Dengan penangguhan ini ia memberikan keyakinan penuh kepada sebilangan besar rakyat yang Umno sudah sampai ke penghujung kuasa. Sikap dan perasaan takut Umno itu merupakan penyumbang besar terhadap kehilangan keyakinan rakyat terhadap parti itu. Perasaan takut Umno itu telah membuat rakyat juga dalam ketakutan untuk memberikan sokongan kepada parti yang sedang mengalami ketakutan itu.

Keadaan ini seolah-olah telah di atur untuk memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat pula untuk mengambil alih. Saya sendiri merasakan yang sudah sampai waktunya menggilirkan pusaka mentadbir negara kepada pihak “alternative” dan melakukan perubahan itu bukannya satu tindakan jenayah seperti yang cuba di yakinkan oleh pihak Umno dan BN. Masa untuk membuktikan tuduhan dan lekehan Umno yang Pakatan tidak pandai untuk mentadbir negara itu salah, sudah hampir sampai masanya.

Rakyat negara mahu merasakan “ambience” politik yang berbeza kerana rakyat sudah terlalu lama menghadapi tekanan dan dakyah di bina oleh Umno itu. Rakyat mahukan sebuah kerajaan yang membina pemikiran baru rakyat dan keluar dari ancaman dakyah busuk Umno dan BN itu.

Saya ingin memberikan pandangan yang agak susah bagi mereka yang malas untuk berfikir. Pilihanraya kali ini kita akan menghadapi arus perubahan rakyat. Mana-mana parti mesti mengikut kehendak dan aspirasi rakyat yang sebenarnya. Rakyat bukan lagi terikut-ikut dengan dakyah yang di lakukan oleh Umno dan BN yang menggunakan alat propaganda mereka seperti saluran TV dan akhbar Utusan dan sebagainya.

Rakyat berkehendakkan bukan setakat untuk memberikan kemenangan kepada pihak “alternative” tetapi rakyat mahukan perubahan dalam segala-galanya. Kerosakan yang di lakukan oleh Umno dan BN sejak Dr Mahathir mentadbir negara terlalu besar dan sudah melepasi sempadan kemampuan orang ramai untuk melakukan penyelesaiannya.

Kali ini ia bukan setakat mendapat kemenangan bagi pihak “alternative” tetapi aspirasi dan kemahuan rakyat lebih besar dari mendapat kemenangan ke atas Umno dan BN itu. Kini rakyat memerlukan parti atau pihak yang benar-benar seorang “planner” teknokrat, dan berkemampuan untuk membina sebuah negara yang baru dengan memulakan dasar dan perancangan baru yang selari dengan kehendak waktu dan zamannya serta berteraskan kepada Perlembagaan yang ada.

Apa yang boleh menyelesaikan segala kekalutan negara ialah kegagalan pimpinan untuk membina “national unity” yang betul dalam erti kata yang sebenarnya. Pimpinan hari ini tidak berusaha untuk menyatukan rakyat kerana penyatuan rakyat itu akan memisahkan mereka dari kuasa. Mereka sanggup untuk terus menyuburkan perasaan saling mencemburui dan membenci di antara satu dengan yang lain kerana kepentingan politik sempit dan haloba mereka.

Membersihkan siasah dan politik serta kerajaan hari ini bukan setakat menghapuskan rasuah dan penyalah gunaan kuasa sahaja. Membersihkan negara dari rasuah itu hanya ibarat menghilangkan sakit seperti pesakit yang memakan ubat tahan sakit (pain killer) semata-mata. Memakan “painkiller” itu hanya boleh menahan sakit tetapi penyakitnya tetap tidak sembuh juga. Tugas yang lebih besar dari itu ialah untuk menyembuhkan penyakitnya, iaitu penyakit yang menyebabkan kesakitan itu.

Negara perlukan sebuah negara yang di tadbir dengan jujur dan mempunyai pelan jangka panjang yang mantap yang boleh di guna pakai buat jangka masa yang panjang. Rakyat sudah tidak termakan dan tertarik dengan “handouts” yang “one off” sahaja kerana itu bukanlah pentadbiran sebuah kerajaan yang progresif dan membeli perasaan dan jiwa rakyat tidak lagi laku di zaman moden dan yang penuh “competitive” ini.

Rakyat tidak lagi mahu melihat segala projek yang melibatkan rakyat di tentu dan di lakukan secara “ad hoc” dan tidak membawa rakyat untuk bersama-sama menyokongnya. Itu sebabnya seperti yang di sebutkan tadi pimpinan mestilah seorang “planner” yang berpengalaman dan memahami roh politik negara yang mencukupi dan bukan setakat di beri tempat kerana mereka termasuk di dalam koridor mereka yang berkuasa.

Kita tidak lagi memerlukan pengumuman-pengumuman yang berbentuk “ad hoc” kerana itu akan memudharatkan tahap kewangan negara dan tidak mempunyai “prudence” yang tinggi dalam sesuatu keputusan yang di buat. Kita tidak mahu lagi setiap hari ada sahaja pengumuman yang boleh di takrifkan sebagai membeli undi kerana ia membuatkan kos menyelenggara kerajaan terlalu tinggi.

Rakyat sudah begitu jemu dengan tindakan memaksa agensi-agensi kerajaan di paksa membawa manusia yang ramai untuk menunggu kedatangan pemimpin-pemimpin besar negara kerana menunjukkan sokongan politik sebagai yang di alami oleh pegawai-pegawai kerajaan sekarang ini, lebih-lebih lagi semasa menunggu ketibaan pilihanraya.

Jika kerajaan sekarang ini benar-benar kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan tidak akan menggunakan tenaga dan waktu kerja pegawai kerajaan untuk menumpukan kepada usaha membawa rakyat ramai ke perhimpunan politik pimpinan kerajaan. Tindakan ini sesungguhnya merupakan satu tindakan yang tidak beretika dan amat rendah darjatnya di sisi demokrasi dan moral sebuah kerajaan berdaulat.

Semuanya ini amat di gusari oleh penjawat-penjawat awam terutamanya mereka yang bertugas di Jabatan-Jabatan yang melibatkan orang awam yang ramai. Mereka juga mempunyai perasaan bersalah kerana terpaksa berbelanja wang rakyat yang banyak dengan menyewa ratusan bas dan kenderaan yang lain untuk memaksa rakyat menghadiri program lawatan pemimpin.

Kerajaan ini sesungguh nya ibarat kereta tua yang sangat tinggi kos penyelenggaraannya dan kos ini di tanggung oleh rakyat. Pihak yang mendapat sokongan ialah pihak yang menganjurkan program yang di hadiri oleh puluhan ribu manusia yang datang dari jauh dan dekat tanpa di bayar dan di berikan pengangkutan seperti yang di anjurkn oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Budaya ini nampaknya hanya boleh dihapuskan jika rakyat beriltizam untuk melakukan perubahan kerana melakukan perubahan terhadap budaya buruk ini merupakan satu perjuangan yang sangat penting di lakukan. - Aspan Alias

No comments:

Post a Comment