Thursday, March 28, 2013

Tentera China mendarat di Spratly



Gambar yang diambil pada 20 Mac lalu merakamkan kapal amfibia Jinggangshan menyertai latihan ketenteraan di perairan wilayah Hainan di Laut China Selatan. Kapal tentera laut China, baru-baru ini mendarat di beting James, Kepulauan Spratly semasa menyertai latihan ketenteraan di kawasan maritim itu, kira-kira 80 kilometer di luar pantai Malaysia. - AP
BEIJING 27 Mac - Tentera laut China, semalam mendarat di Kepulauan Spratly, kawasan yang turut dituntut oleh beberapa negara di Laut China Selatan termasuk Malaysia, ketika mengadakan latihan ketenteraan di kawasan maritim itu.
Laman web akhbar rasmi People's Daily melaporkan, tentera China mendarat di beting James selepas latihan ketenteraan yang bermula pada Sabtu lalu.
Akhbar itu melaporkan dua buah kapal peronda laju dan kapal pendaratan amfibia turut serta dalam latihan tersebut.
''Latihan di kawasan itu turut melibatkan penggunaan hoverkraf, helikopter, kereta kebal amfibia dan pesawat pejuang serta pesawat pengebom.
''Kemudian, ia diikuti satu lawatan rasmi ke beting James, semalam,'' lapor akhbar tersebut.
Pendaratan tersebut menandakan tindakan berprofil tinggi China untuk mengukuhkan tuntutan ke atas kawasan perairan tersebut.
Kepulauan Spratly turut dituntut oleh Malaysia, Vietnam, Filipina, Taiwan dan Brunei.
Kawasan perairan itu merupakan laluan utama perkapalan dan sumber utama perikanan, selain dilaporkan mempunyai sumber minyak yang banyak. - AP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130328/lu_06/Tentera-China-mendarat-di-Spratly#ixzz2OogEfoHg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment