Thursday, April 18, 2013

Air terjun beku sebagai tanda protes



Tindakan seorang penduduk membiarkan paip airnya sentiasa terbuka sepanjang musim sejuk menyebabkan terbentuknya air terjun beku di luar rumah pangsanya.

Wen Hsu, 58, menetap di situ sejak 35 tahun lalu dan tidak merancang untuk berpindah bagi membolehkan sebuah pusat beli-belah dibina.


Tetapi, apabila penduduk lain mengambil keputusan berpindah, dia bimbang paipnya akan beku di bawah flat yang tidak mempunyai sistem pemanas itu.

Dia mengambil keputusan membuka paip air panas dan mengalihkan laluan air itu luar rumah pangsa itu di Jilin, China.


“Pemaju tidak menawarkan wang secukupnya untuk meminta saya berpindah. Tetapi mereka mungkin akan membuat tawaran lebih baik selepas ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment