PENGHU, Taiwan 17 April - Lebih 7,000 anggota tentera Taiwan menjalani latihan ketenteraan dalam satu operasi terbesar sejak 2008, di sini hari ini.
Latihan itu diadakan sebagai persediaan kepada ancaman serangan China selepas pemimpin negara itu memberi amaran tentang pembangunan efisien ketenteraannya.
Operasi besar-besaran yang melibatkan semua unit tentera merupakan sebahagian dari lima hari latihan ketenteraan tahunan yang dinamakan Han Kuang (Han Glory 29).
Operasi itu dilakukan di kepulauan Penghu yang terletak di tengah-tengah selat sepanjang 180 kilometer di antara Taiwan dan China.
Menurut beberapa pegawai kerajaan, operasi itu turut melibatkan ujian sistem pelancar roket yang direka untuk menghalang pihak musuh melakukan pendaratan dari laut ke darat menggunakan kenderaan amfibia.
Presiden Ma Ying-jeou berkata, latihan ketenteraan menggunakan peluru hidup itu merupakan satu amaran buat China bahawa Taiwan tidak gentar dengan pembangunan ketenteraan di negara itu.
"Dalam tempoh beberapa tahun lalu, China melaksanakan projek pembangunan ketenteraan secara besar-besaran ekoran kemajuan ekonomi di negara itu.
"China boleh menyerang Taiwan pada bila-bila masa sahaja dan kami juga membuat persediaan untuk berdepan dengan situasi tersebut," katanya. - AFP
Pada bulan lalu, China mengumumkan bahawa peruntukan untuk pertahanan negara sepanjang 2013 meningkat dua kali ganda menjadi sebanyak AS$116.3 bilion (RM360.5 bilion). - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130418/lu_10/Latihan-ketenteraan-Taiwan-terbesar#ixzz2Qleo7JdW
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment