Thursday, April 18, 2013

Pesawat penumpang Libya ditembak, 150 penumpang selamat



TRIPOLI - Sebuah pesawat penumpang Libya membawa sekurang-kurangnya 150 penumpang ditembak semasa mahu mendarat di lapangan terbang tetapi tidak mengalami sebarang kerosakan.

Pesawat Boeing 737, The Buraq Air itu ditembak berhampiran dengan lapangan terbang malam tadi tetapi tidak jelas sama ada ia merupakan satu serangan atau sebaliknya.

Menurut sumber syarikat penerbangan itu, pesawat itu ditembak semasa mahu mendarat di bahagian bawah di tandas pesawat.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Pesawat mendarat dengan selamat,” kata sumber.

“Selepas ditembak, para penumpang mula panik dan seorang penumpang wanita telah dikejarkan ke hospital bagi mendapat rawatan kerana mengalami kejutan,” kata sumber lagi.

Syarikat penerbangan itu turut digantung penerbangan buat sementara waktu dari Tripoli.

“Kita juga tidak tahu apa yang berlaku tetapi menurut pihak keselamatan lapangan terbang, tidak ada apa-apa yang mencurigakan dijumpai dan tahap keselamatan lapangan terbang turut dipertingkatkan,” ujarnya.

Pesawat itu dalam penerbangan ke Tripoli dari bandar Libya timur Benghazi.

No comments:

Post a Comment