Friday, April 12, 2013

Dua penceroboh calon Datuk Bandar Tawi-Tawi di Filipina



KOTA KINABALU – Polis percaya dua daripada 32 penceroboh yang ditahan di perairan Tambisan Lahad Datu pada Isnin lalu merupakan calon pemilihan Datuk Bandar di Kepulauan Tawi-Tawi Filipina yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, pihaknya telah menghantar surat kepada Kedutaan Filipina bagi tujuan pengesahan sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.
“Buat masa kini, kita sedang menunggu maklum balas daripada Kedutaan Filipina bagi mengesahkan sama ada yang membawa senjata api adalah pegawai keselamatan Filipina dan benar atau tidak dua yang ditahan itu akan bertanding jawatan Datuk Bandar,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Terdahulu beliau menerima sumbangan Tabung Perwira Lahad Datu daripada Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) berjumlah RM27,736.85 yang disampaikan oleh Pengarah Urusan SESB, Ir. Abd. Razak Salim.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0412&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2QCBkmCUv 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment