Tentera Jepun melakukan persiapan pelancaran serang balas di Tokyo.
SEOUL - Korea Utara cuba mengelirukan pemerhati perisikan luar dengan melakukan pelbagai pergerakan peluru berpandu sebelum ia dilancarkan.
Sumber perisikan Amerika Syarikat (AS) melaporkan, peluru berpandu di tapak pelancaran Musudan dilihat beralih lebih dari sekali dari kedudukan asal.
Pada masa sama, sekurang-kurangnya lima kenderaan pelancaran juga dilihat bertukar tempat dan kedudukan.
“Terdapat petanda serangan akan dilakukan dari luar tapak pelancaran itu pada bila-bila masa,” katanya yang dipetik daripada laporan Reuters.
Menurutnya, peluru berpandu digerakkan itu boleh terbang sehingga 4,000 kilometer sekali gus berupaya membedil Korea Selatan, Jepun dan pangkalan tentera AS di pulau Pasifik, Guam.
Media Jepun melaporkan, pegawai pertahanan mengesahkan sekurang-kurangnya salah satu daripada pelancar mudah alih Korea Utara telah diletakkan pada kedudukan bersedia.
“Cubaan itu sengaja untuk mengelirukan kami. Kami yakin pelancaran itu tidak semestinya berlaku,” menurut laporan.
Sementara itu, Korea Utara menyalahkan pemimpin Korea Selatan, Park Geun-Hye kerana menutup zon perindustrian bersama di Kaesong.
Jurucakap Pyongyang berkata, Korea Selatan sengaja melakukan hasutan perang kerana memaksa semua pekerja mengosongkan kawasan itu.

No comments:
Post a Comment