Friday, April 12, 2013

Dua remaja Norway pulang RM246,915 kepada pemilik



OSLO 11 April - Dua remaja Norway yang menemui wang berjumlah 467,200 kroner (RM246,915) di dalam sebuah kereta api, semalam, bertindak jujur apabila memulangkan wang terbabit kepada pemiliknya.
Kedua-dua remaja tersebut menemui wang itu dalam sebuah beg yang ditinggalkan di atas kerusi kereta api yang beroperasi antara Oslo dan sebuah pekan kecil di tenggara negara ini.
Mereka memulangkan wang berkenaan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pasport pemiliknya yang terdapat dalam beg itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130411/lu_13/Dua-remaja-Norway-pulang-RM246915-kepada-pemilik#ixzz2QF5YB0Dk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment