28 April 2013
BAGHDAD - Iraq merayu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya campur tangan menyelesaikan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.
Dipetik AP, duta Iraq ke PBB, Martin Kobler berkata, seramai 200 penduduk maut dalam keganasan sejak empat hari lalu dengan serangan terbaru menyasarkan beberapa masjid.
“Saya menyeru kepada pemimpin dunia untuk menyelesaikan konflik ini dengan segera,” katanya.
Kenyataan itu disuarakan selepas Perdana Menteri, Nuri al-Maliki memberi amaran akan mengisytiharkan ‘perang mazhab’ sekiranya pertempuran terus berlaku.
Kelmarin, tiga masjid puak Sunni di Baghdad dibom menyebabkan empat maut dan mencederakan 50 yang lain manakala di daerah Syiah, sebutir bom dipasang pada basikal menyebabkan lima maut dan 21 cedera.

No comments:
Post a Comment