BOSTON - Dzhokhar Tsarnayev (19), pemuda Muslim yang dituduh AS sebagai suspek Bom Boston kini terbaring di rumah sakit dalam keadaan kritikal dan di bawah penjagaan ketat FBI, seperti dilansir HuffPost pada Ahad (21/4/2013).
Dzhokhar ditangkap dengan luka-luka di tubuhnya pada Jumat (19/4), saat ia berlindung di sebuah perahu yang tertutup terpal di halaman belakang rumah seorang warga Watertown.
Pemilik rumah di Watertown itu menghubungi polis AS setelah melihat darah berhampiran kapalnya dan melihat Dzhokhar Tsarnayev yang berdarah bersembunyi di dalam kapal itu.
Penangkapan itu mengakhiri pengejaran polis AS terhadap dia dan kakaknya, Tamerlan Tsarnayev (26), yang telah meninggal ditembak polis pada Jumaat paginya. Polis mendakwa telah terjadi tembak-menembak sebelum akhirnya Dzhokhar ditangkap dan dibawa ke rumah sakit dengan ambulans.
Sementara itu, seakan sudah membuktikan bahawa Tsarnayev bersaudara benar-benar pelaku Bom Boston, Obama meminta masyarakat AS untuk tidak terburu-buru menilai motif mereka dalam melakukan pengeboman.
Sedangkan The American Civil Liberties Union menyatakan keprihatinan mereka tentang kemungkinan Dzhokhar akan kehilangan hak membela dirinya dan hak untuk didampingi peguam dalam proses undang-undang. Pengarah Eksekutif Anthony Romero menjelaskan bahawa pencabutan hak "suspek" hanya berlaku jika ada ancaman berterusan Dzhokhar terhadap keselamatan awam.
Tanpa landasan yang jelas, penyiasat bahkan menggambarkan Tamerlan Tsarnayev sebagai seorang Muslim "garis keras" yang mempengaruhi Dzhokhar, adiknya.
Tamerlan Tsarnayev merupakan mahasiswa perakaunan sambilan di Bunker Hill Community College di Boston selama tiga semester pada tahun 2006-2008. Ia telah berkahwin dan mempunyai seorang putri.
Sedangkan adikya, Dzhokhar Tsarnayev adalah seorang pelajar perubatan di University of Massachusetts Dartmouth.
Pada Sabtu (20/4), dua sumber petugas "penguatkuasaan undang-undang" menyatakan bahawa pada tahun 2011, perisikan kerajaan asing mendakwa kepada FBI bahawa Tamerlan Tsarnayev adalah pengikut Islam "radikal".
FBI tidak menyebutkan nama kerajaan asing yang dimaksudkan, tetapi dua pegawai yang tidak mau disebut namanya itu mengatakan bahawa kerajaan asing itu adalah Rusia.
Namun FBI pernah menyatakan bahawa dalam hasil wawancara terhadap Tamerlan Tsarnayev dan kerabatnya, tidak dijumpai aktiviti "terorisme" baik domestik maupun asing. FBI mengatakan telah menyelidikinya melalui beberapa perkara seperti telefon, aktiviti dalam talian, perjalanan dan hubungannya dengan orang lain.
No comments:
Post a Comment