29 April 2013
SEOUL - Kesemua pekerja Korea Selatan di Kompleks Perindustrian Kaesong dijangka meninggalkan kompleks tersebut sepenuhnya pada hari ini selepas Seoul mengarahkan untuk berbuat demikian.
Dipetik Reuters, arahan itu dikuatkuasakan selepas Pyongyang mengeluarkan ancaman baru untuk menutup lebih 120 kilang milik Korea Selatan yang menjadi simbol kerjasama kedua-dua negara sejak minggu lalu.
Jurucakap Kementerian Penyatuan Korea Selatan mengumumkan, seramai 126 pekerja dan 63 trak meninggalkan Kaesong, yang terletak di utara sempadan yang memisahkan Korea Utara dan Korea Selatan.
“Pekerja di kompleks itu jelas menjadi mangsa ancaman Pyongyang sekali gus merencatkan aktiviti ekonomi kedua-dua negara. Kami jangkakan ramai penduduk akan kehilangan pekerjaan,” katanya.
Menurutnya, tindakan tidak adil Korea Utara itu turut menjejaskan pekerja dari aspek kekurangan bekalan perubatan, makanan selepas pelbagai sekatan dilakukan bagi memberi tekanan berterusan.
Situasi di negara itu semakin meruncing apabila Pyongyang menolak untuk mengadakan rundingan dengan Korea Selatan dan sekutunya selepas enggan memenuhi pra-syarat ditetapkan.

No comments:
Post a Comment