29 April 2013
MELBOURNE — Sebuah ladang lembu di Wilayah Utara (NT) Australia milik Sultan Brunei gagal dijual pada satu lelongan minggu lepas.
Harta itu, Willeroo, yang terletak kira-kira 130 kilometer ke barat daya Katherine, merangkumi 17,000 ekor lembu dan 170,000 hektar tanah, demikian menurut satu laporan Australian Associated Press (AAP).
Ejen hartanah Russell Wolff telah menerajui usaha untuk menjual harta itu pada satu lelongan dengan harga A$12 juta pada Jumaat.
Empat orang membida bagi Willeroo dan kesemua mereka adalah warga Australia yang mahu memastikan ladang lembu itu terus dibuka, kata Wolff kepada AAP.
"Kami menjangkakan ia akan terjual, atau sekurang-kurangnya mencapai satu perjanjian, dalam beberapa minggu akan datang," katanya.
Sultan Brunei membeli Willeroo pada 1981 tetapi Wolff berkata dalam tahun-tahun kebelakangan ini, baginda telah menjual ladang-ladang lembu baginda di NT, tetapi masih memiliki Opium Creek, yang terletak 100 kilometer ke selatan Darwin. - Bernama

No comments:
Post a Comment