Wednesday, May 8, 2013

Mesir rombak Kabinet, dua menteri dipecat




8 Mei 2013
KAHERAH - Perdana Menteri Mesir, Hisham Qandil mengumumkan pemecatan dua menteri termasuk Ashraf al-Arabi, semalam selain menyaksikan perubahan dalam barisan Kabinet.

Tindakan tersebut diambil selepas kedua-dua mereka gagal untuk mendapatkan pinjaman berjumlah AS$4.8 bilion (RM14.3 bilion) dalam rundingan bersama Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Susulan daripada itu, pakar ekonomi Islam, Fayyad Abdel Moneim dilantik sebagai Menteri Kewangan menggantikan Al-Mursi Al Sayed Hegazy.

Selain itu, jawatan Menteri Keadilan diberikan kepada Ahmed Suleiman, sekali gus menggantikan Ahmad Mekki yang meletak jawatan, bulan lalu sebagai bantahan terhadap usaha sekutu Presiden Mohammed Mursi untuk melakukan perubahan dalam badan kehakiman.

Menurut petikan daripada Al- Jazeera, kabinet baru tersebut turut menyaksikan penambahan sekurang-kurangnya 10 ahli politik yang bergabung dengan Ikhwanul Muslimin dan Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) berbanding lapan orang sebelum ini.

No comments:

Post a Comment