Wednesday, May 8, 2013

Mursi perkukuh pengaruh Ikhwanul Muslimin



KAHERAH - Presiden Mesir, Mohamed Mursi meningkatkan penguasaan Ikhwanul Muslimin menerusi rombakan Kabinet yang menyaksikan dua orang menteri yang terlibat dalam rundingan dengan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) digantikan.
Rombakan itu seakan-akan tidak mempedulikan desakan pihak pembangkang yang mahukan perubahan penuh pentadbiran pimpinan Perdana Menteri, Hisham Kandil.
Pembangkang mendesak barisan Kabinet yang lebih neutral bagi memantau pilihan raya parlimen hujung tahun ini.
Kandil menamakan sembilan menteri baharu termasuklah Amr Darrag yang dilantik sebagai Menteri Perancangan. Seorang lagi ahli Ikhwanul Muslimin, Yehya Hamed pula dilantik sebagai Menteri Pelaburan.
Mesir kini sedang berunding dengan IMF bagi mendapatkan pinjaman sebanyak AS$4.8 bilion (RM14.5 bilion). Sebelum ini, rundingan diketuai oleh Ashraf al-Arabi, menteri yang telah dipecat.
Rombakan Kabinet itu dilihat tidak menepati pembaharuan yang diharapkan oleh IMF. Mesir kini berdepan krisis ekonomi yang teruk selepas kebangkitan rakyat pada tahun 2011 berjaya menumbangkan bekas presidennya, Hosni Mubarak. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0508&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm#ixzz2Sg2Hq1rk 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment