SINGAPURA: Republik Singapura disifatkan sebagai tempat paling selamat untuk melahirkan anak dan terbaik bagi seseorang untuk menjadi ibu di Asia, mengatasi saingan Jepun, Korea Selatan dan Malaysia, kata agensi bantuan Keselamatan Kanak-Kanak.
Singapura memiliki kadar kematian hari pertama terendah di Asia menjadikan ia sebagai tempat paling selamat di rantau ini untuk melahirkan anak.
Agensi bantuan kanak-kanak itu semalam melancarkan laporan State of World’s Mothers tahunan ke-14 dengan Indeks Risiko Hari Kelahiran pertama seumpamanya.
Indeks berkenaan mendedahkan bahawa Singapura berkongsi kedudukan teratas dengan Sweden, Estonia, Cyprus, Iceland dan Luxembourg dengan kurang 0.5 kematian dalam hari pertama bagi setiap 1,000 kelahiran hidup.
Secara global, sebanyak 6.9 juta kanak-kanak mati setiap tahun sebelum sambutan hari jadi mereka kelima dengan satu juta daripada mereka dalam tempoh hari pertama, menjadikan ia paling bahawa dalam kehidupan seseorang.
Laporan itu juga membandingkan 176 negara di seluruh dunia, menunjukkan kejayaan dan kegagalan dalam menyelamatkan dan memperbaiki kehidupan ibu dan anak mereka. – Agensi
No comments:
Post a Comment