JAKARTA - Sebuah kumpulan radikal Islam semalam berikrar untuk menghentikan penganjuran pertandingan Ratu Cantik Dunia di Indonesia walaupun pihak penganjur mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Kumpulan Hizb ut-Tahrir itu menyelar pertandingan tersebut kerana ia dianggap seperti menjual tubuh wanita.
Ia turut mengancam untuk mengadakan demonstrasi bagi membantah pertandingan tersebut.
Lebih 130 wanita akan bersaing dalam pertandingan itu yang berlangsung pada September depan di Bali.
Pertandingan akhir akan diadakan di Bogor, wilayah Jawa Barat.
Pihak penganjur kelmarin mengesahkan bahawa para peserta tidak akan memakai bikini semasa pertunjukan fesyen pantai di Bali.
Mereka sebaliknya akan memakai pakaian lebih sopan seperti fesyen tradisional.
Bagaimanapun, alternatif itu tidak diterima oleh kumpulan pelampau di Indonesia yang mempunyai 90 peratus penganut Islam daripada 240 juta penduduk.
"Menyokong pertandingan itu adalah sama seperti menyokong penjualan tubuh wanita," kata jurucakap Hizb ut-Tahrir, Ismail Yusanto.
Sebuah lagi kumpulan, Pergerakan Reformis Islam yang bergabung dengan Barisan Pembela Islam turut menyuarakan bantahan hebat.
Pada tahun lalu, penyanyi terkenal, Lady Gaga dihalang mengadakan konsert di sini selepas beberapa kumpulan radikal Islam mengancam untuk membakar lokasi persembahannya. - AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0607&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2VTYBv6IO
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment